Rakan Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Johor

Name:
Email Address:
Who are You?

Create a web form here

Jumaat, 25 Disember 2009

Jadual Bertugas Staf HEA MMS Disember 2009

Petugas di Dewan Sri Temenggong pada 27 Disember, 2009 (Ahad) semasa Taklimat HEA:

1. Puan Norrita M. Rashid
2. Puan Zahida Hashim
3. Encik Mohd Hadzir Manap
4. Encik Marhalim Ibrahim
5. Puan Siti Aidah Hassan
6. Puan Halimahton Ja'afar
7. Puan Sarina Kudin
8. Puan Suzanah Ab Rahip

Pendaftaran Pelajar Baru Diploma (Lepasan SPM/Setaraf)

Tarikh : 27 Disember, 2009 (Ahad)
Masa : 7:30 pagi hingga 1:00 petang


Kolej Sempana Riau - Puan Halimahton Ja'afar
Kolej Taming Sari - Puan Siti Aidah Hassan
Kolej Mutiara - Puan Zainah Ani
Kolej Baiduri - Puan Sarina Kudin
Kolej SiManja Kini - Encik Hamzah Aziz
Kolej Sempana Alam Buana - Encik Mohd Fairulnizam Mustajab
Kolej Zamrud - Puan Zahida Hashim
Kolej Intan - Puan Azizah Zainal Abidin

Tarikh : 27 Disember, 2009 (Ahad)
Masa : 1:50 petang hingga 6:00 petang

Kolej Sempana Riau - Encik Marhalim Ibrahim
Kolej Taming Sari - Encik Mohamad Zafifi Muslim
Kolej Mutiara - Puan Suzanah Ab Rahip
Kolej Baiduri - Puan Salizaton Ya'acob
Kolej SiManja Kini - Encik Hamzah Aziz
Kolej Sempana Alam Buana - Encik Mohd Fairulnizam Mustajab
Kolej Zamrud - Mohd Latif Abdul Talib
Kolej Intan - Encik Hasrin Hj. Ariffin

Runner (Pagi) - Encik Marhalim Ibrahim
Runner (Petang) - Encik Mohd Hadzir Manap

Tarikh : 27 Disember, 2009 (Ahad)
Masa : 7:30 pagi hingga 1:00 petang
Tempat : Pejabat HEA


1. Puan Norrita M. Rashid
2. Encik Marhalim Ibrahim
2. Encik Mohamad Zafifi Muslim
3. Puan Suzanah Ab Rahip
4. Encik Mohd Latif Abdul Talib
5. Encik Hasrin Hj. Ariffin

Tarikh : 27 Disember, 2009 (Ahad)
Masa : 1:50 petang hingga 5:00 petang
Tempat : Pejabat HEA


1. Puan Norrita M. Rashid
2. Puan Halimahton Ja'afar
3. Puan Siti Aidah Hassan
4. Puan Sarina Kudin
5. Puan Zahida Hashim
6. Puan Azizah Zainal Abidin

Pendaftaran Pelajar Baru Diploma (Lepasan SPM/Setaraf)

Tarikh : 28 Disember, 2009 (Isnin)
Masa : 7:30 pagi hingga 6:00 petang
Tempat : Dewan Sri Temenggong



1. Puan Norrita M. Rashid
2. Encik Marhalim Ibrahim
2. Encik Mohamad Zafifi Muslim
3. Puan Suzanah Ab Rahip
4. Encik Mohd Latif Abdul Talib
5. Encik Hasrin Hj. Ariffin
6. Puan Halimahton Ja'afar
7. Puan Sarina Kudin
8. Puan Azizah Zainal Abidin
9. Encik Mohamad Zafifi Muslim
10. Encik Mohd Latif Abdul Talib
11. Encik Hasrin bin Hj. Ariffin
12. Puan Zainah Ani
13. Puan Zahida Hashim

Pendaftaran Pelajar Baru Ijazah Sarjana Muda (Lepasan Diploma/Kolej Bersekutu/IPT Lain)

Tarikh : 2 Januari, 2010 (Sabtu)
Masa : 7:30 pagi hingga 5:30 petang
Tempat : Dewan Sri Temenggong


1. Puan Norrita M. Rashid
2. Encik Mohd Hadzir Manap
3. Encik Marhalim Ibrahim
4. Encik Mohamad Zafifi Muslim
5. Puan Suzanah Ab Rahip
6. Encik Mohd Latif Abdul Talib
7. Encik Hasrin Hj. Ariffin
8. Puan Halimahton Ja'afar
9. Puan Sarina Kudin
10. Puan Azizah Zainal Abidin
11. Encik Mohamad Zafifi Muslim
12. Encik Mohd Latif Abdul Talib
13. Encik Hasrin bin Hj. Ariffin
14. Puan Zahida Hashim
15. Puan Salizaton Ya'acob

Pendaftaran Pelajar Baru Ijazah Sarjana Muda (Penerapan Semester Ke-3 ke Ijazah Sarjana Muda)

Tarikh : 3 Januari, 2010 (Ahad)
Masa : 7:30 pagi hingga 5:30 petang
Tempat : Dewan Sri Temenggong


1. Puan Norrita M. Rashid
2. Encik Mohd Hadzir Manap
3. Encik Marhalim Ibrahim
4. Encik Mohamad Zafifi Muslim
5. Puan Suzanah Ab Rahip
6. Encik Mohd Latif Abdul Talib
7. Encik Hasrin Hj. Ariffin
8. Puan Halimahton Ja'afar
9. Puan Sarina Kudin
10. Puan Azizah Zainal Abidin
11. Encik Mohamad Zafifi Muslim
12. Encik Mohd Latif Abdul Talib
13. Encik Hasrin bin Hj. Ariffin
14. Puan Salizaton Ya'acob
15. Encik Hasrin Hj. Ariffin

Khamis, 10 Disember 2009

Senamrobik Versi Staf HEA

Hebat....

Macam pendekarwati....

Budak Kedah....

Senaman itu akan menyihatkan badan kita, tapi boleh ker nak ikut step senamrobik tuer, hanya yang pakar mampu melakukannya.....Hanya Juhari yang mengenal Maniam......

On the Job Training Staf HEA

Yg comel tuer tak buat training pun, Ingkar arahan...hehehe

Kita Serupa......

Salam

Lama x update blog HEA ini. Sebelum meeting JAC baru-baru ini, Staf HEA dari UiTM JB telah menghadirkan diri ke Segamat untuk mempelajari beberapa perkara2 dan tugas2 staf HEA di Segamat. Segala apa yang mereka pelajari di sini dapat membantu mereka agar lebih cekap di dalam menjalankan tugas dan mampu berdiri atas kaki mereka sendiri. Akhir kata, selamat maju jaya sebagai Staf HEA.....kita serumpum.....kalo nak benchmark lagi, si la datang ....hehehehe

Jumaat, 13 November 2009

Jangan makan Hasil Air Tangan Orang tak Solat

Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh, Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina drpd khinzir.. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman NabiMusa A.S. Begini kisahnya…

Pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak de .. zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar), “kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam. ” Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak.

Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah… Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah..

Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brg siapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu.. lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya.. lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi… Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam..

Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.. Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sbb kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.. anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat.. tak gamakkan?

Tapi..lain pulak halnya dgn kita ni.. pagi petang.. mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia.. gelap lah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kita makan… betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah saw nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (&utk umat Islam) , “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum.” maknanya,”Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu.” jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan Kelak.

Wallahualam.

Misteri Sejadah Berdiri

Kelihatan sejadah yang digunakan selepas sembahyang Isyak berdiri

Si Adik memberanikan diri untuk menyiasat

Si Adik terkejut dengan kakaknya....

Si Kakak selepas di soal siasat....
Yang nier tak sangkut paut pun......

Kain pelikat berdiri.....hehehehe

Ahad, 8 November 2009

Cerita Exam

Seronoknyer naik lori....
Gaya hebat seorang wanita....

Berat-berat.....

Alhamdullilah, perjalanan exam pada semester nier agak berjalan lancar. Antara peristiwa yang agak menggerunkan sepanjang minggu lepas tentunya peti besi yang x boleh bukak. Nasib baik ada Mc Gyver perempuan (Kak Sue) yang dengan lemah lembutnya dapat membuka kombinasi no peti tersebut. Maklum la x pernoh la plak terkunci peti tuer. Kejadian kedua tentunya kehilangan soalan peperiksaan pada hari banyak tempat peperiksaan. Hasil kebijaksanaan runner yang hensem (Abg Hadzir), jumpa la kat Blok C. Pensyarah tuer pun bole buat dont know jer (dah peluh sakan dah kitaorang kat bilik gerakan nier).

Hari sabtu lepas plak (Exam xder), sempat la Staf HEA melupuskan skrip jawapan. Dengan bantuan pemandu lori (En Osman) dan kelindan lori (Kak Ida), kertas2 soalan itu berjaya dilupuskan dengan 2 kali trip ker tempat pelupusan. Kak Lim dengan lagak ngeri menaiki lori berjaya mengangkat martabat wanita setaraf lelaki. Hehehe.

Semalam plak, ada jamuan tengahari - TQ Abg Halim bawa k ikan keli. Kenyang la jugak psl x perlu nak pergi kuat minum dah. Sempat la jugak bungkus nasi yang lebih utk buat nasi goreng kat umah...hehehehe. Semalam pun 4 orang student dapat di tangkap / mengaku membawa nota ke dewan peperiksaan / tandas. Ketua pengawas yang berjaya menangkap student tersebut adalah Puan Raudhah dan Puan Nazathulshima Nolan. Nasib baik budak tuer mengaku, kalo x berbuih mulut...hahaha.

Hari nier? X tau lagi.....hopefully semuanya berjalan lancar......adios.....


Jumaat, 6 November 2009

Setiap Penyakit Ada Penawarnya

Hadith :

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”
(Abu Daud)

Huraian

1. Setiap penyakit ada ubatnya, jika bersesuaian ubat tersebut, maka ia akan sembuh dengan izin Allah S.W.T.

2. Meskipun Islam mengharamkan penggunaan bahan-bahan tertentu seperti najis, air kencing, alkohol dan sebagainya untuk tujuan perubatan namun terdapat keadaan di mana seseorang itu diberi keharusan (rukhsah) untuk berbuat demikian iaitu bilamana berada dalam peringkat darurat (kecemasan) dan tiada lagi ikhtiar-ikhtiar lain yang boleh dilakukan. Atau dengan lain perkataan diharuskan untuk yang terpaksa.

3. Dalam masalah ini pengambilan benda-benda yang haram sebagai ubat hendaklah sekadar perlu sahaja bagi menyembuhkan penyakit yang menimpa. Manakala rawatan tersebut mestilah dikendalikan oleh seorang doktor Muslim yang dipercayai tentang agama dan ilmunya.

4. Rukhsah ialah hukum keringanan yang disyari'atkan oleh Allah dalam keadaan- keadaan tertentu (iaitu ketika dharurat) manakala pengertian darurat pula ialah kesusahan yang memudaratkan iaitu bencana yang tidak ada sesuatu yang boleh mencegahnya.

5. Selaku seorang Islam kita diwajibkan berikhtiar untuk mendapatkan rawatan yang halal dan menjauhi perkara yang haram apalagi yang melibatkan perbuatan syirik kepada Allah.

Dipetik dari
ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp

Tarikh-Tarikh Penting Terkini

Salam

Berikut diberikan tarikh-tarikh penting yang perlu semua staf ambil perhatian :

Perjumpaan dengan Pengarah - 16/11/2009 - BMU, UiTM Johor

Mesyuarat JAC - 24 November 2009 - BMU, UiTM Johor

Student Baru Masuk - 19 Disember 2009

Muhasabah Diri Sebelum Ajal

Hari-hari yang kita lalui dipentas dunia ini penuh dengan berbagai dugaan, macam-macam yang kita pelajari daripada kerenah, penglibatan dan penglihatan kita sehari-hari. Latihan yang kita terima amat berharga bak sebutir mutiara. Deretan untaian-untaian mutiara yang kita perolehi daripada sumber-sumber tersebut jika dijalinkan akan menjadi pedoman kepada kita dikemudian hari.

Walaupun manusia itu dibekalkan dengan pengalaman tersebut jika ianya tidak didasari dengan keimanan kepada Allah semuanya akan menjadi sia-sia bak kapas yang berterbangan ditiup angin. Keseluruhan amalan kita diatas muka bumi ini akan diperhitungkan olehNya diakhirat nanti. Segala bekalan yang akan kita bawa pastinya menjadi penyelamat kita di hari hisab nanti. Perlu kita ingat, apakah amalan-amalan yang kita perlu sediakan sebagai bekalan menemui Allah kelak dan apakah ianya sarat dengan amalan kebajikan ataupun kejahatan?

Jika diteliti daripada sirah Rasululllah, baginda amat menitikberatkan perkara ini sehingga dijelaskan oleh siti Aisyah r.a bahawa beliau pernah melihat baginda Rasulullah bersolat sehingga kakinya bengkak-bengkak. Ertinya disini walaupun baginda seorang manusia yang terpilih disisi Allah dan merupakan kekasihnya namun baginda tetap tekun melakukan ibadah-ibadah ditakuti baginda dikategorikan sebagai seorang hamba yang tidak bersyukur.Juga pernah dijelaskan oleh baginda darihal seseorang apabila ia menghapiri saat kematiannya dan saat ia akan dikuburkan dengan sabdanya:

Mayat ke kubur akan diiringi oleh tiga perkara, iaitu keluarganya, harta bendanya dan amalannya, yang dua akan pulang (kembali) dan satunya akan tinggal.Yang pulang adalah keluarga dan harta bendanya sedangkan yang tetap akan tinggal ialah amalannya - Riwayat Syaikhan.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa amalan yang dapat meringankan kesakitan semasa menghadapi ajal. Antaranya amalan taubat yang diamalkan oleh hamba dapat meringankan siksa disaat kematiannya.Jika ia masih mempunyai dosa yang memerlukan kepada taubat bererti ia masih lagi belum bersiap sedia menemui Tuhannya. Menyedari hal yang sedemikian maka bersegeralah bertaubat, sebab mereka yang senantiasa dalam kekuatiran dan ketakutan maut akan menjemputnya akan beroleh kenikmatan hidup diakhirat kelak.

Rabu, 4 November 2009

Pembuka Kata, Pemula Bicara

Akhirnya impian untuk Staf HEA UiTM Johor mempunyai blog akhirnya tercapai. Ini merupakan salah satu medium perhubungan antara staf. Perkongsian, perbincangan dan info2 berkaitan pejabat ini.